Monday, June 18, 2012

Bidan Cilik

Husna sangat gembira dengan kelahiran Adib. Sebelum Adib lahir dia dah janji dengan mama akan tolong jaga Adib.
So urusan basuh botol adik, ambil pampers tuala baju adik, buang sampah, kemaskan bilik adik semuanya Husna buat dengan jayanya setakat ini. Suruh jaga adik kalau mama masak atau mandi pun dah boleh diharap. Bila Husna pergi sekolah ajer mama rasa penat sikit..sbb bidan cilik takde nak tolong mama!

Kalu boleh tiap hari Husna nak tidur dengan Adib!

Friday, June 1, 2012

Ujian SRA Integrasi

Husna membuat persediaan untuk Ujian kemasukan Integrasi Islam Tahun 1 2013 Antara subjek soalan Bahasa Melayu, Sains, Emglish dan Arab Bab lain ok la.bab Arab mama lemah sikit.... terpaksalah minta talian hayat kakak2 saudaranya yng sekolah aliran agama Nampaknya mama kena beli kamus Arab lepas ni.Bak kata kawan baik mama yang menghadapi masalah yang sama,dia membeli kamus arab semata2 untuk memastikan dapat menjawab soalan anak dalam menyelesaikan homework mereka... Oh My Arab!!!!!!!!!!!!! \Kepada Husna mama doakan semoga Husna akan berjaya dalam ujian tersebut. Amin