Tuesday, May 28, 2013

Daurah Penghayatan Remaja Islam

Alhamdulillah berkat pertolongan Aunty Nadia, Husna berjaya daftar untuk Program Daurah Penghayatan Remaja Islam. Program ini bertempat di Masjid Sultan Salahudin Shah Alam. Sepanjang 2 minggu program berlangsung peserta didedahkan ttg praktikal solat, ceramah motivasi, belajar alquran, hafazan, jawi, khat setta sirah nabi. Untuk program 2 minggu ini ibu bapa hanya membayar Rm 50 sahaja. Program berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Gambar diatas di ambil jam 8 pagi ketika peserta bersiap sedia untuk solat dhuha.

Alhamdulillah Husna nampak ceria dengan program itu walaupun agak keletihan kerana program dijalankan sepanjang hari. Untuk anak mama, keletihan dalam menuntut ilmu itu akan menjadi kegembiraan dunia akhirat insyaallah jika diizinkan tuhan.

Mama doakan dengan ilmu yang dikutip sepanjang program ini akan menjadikan Husna anak yang soleh dan menjadi permata agama. Amin

No comments:

Post a Comment