Wednesday, December 15, 2010

Ayu ke kedai kopi

Sukanya Husna menikmati secawan kopi Entah bila la pulak pandai minum air kopi. ' Mama..kopi ni sedap la walaupun mcm pahit2 sikit' pagi2 dengan penuh ayu berbaju kurung ke kedai kopi... ' menurun atuk ke ni???) Ohhh anak ku..jgn addicted coffe sudah la...

Wednesday, October 27, 2010

Godek2 gambar

Semasa godek gambar2 lama tiba2 terjumpa gambar ini...kenangan sungguh Gambar masa dirumah lama. Husna baru umur setahun lebih kot sangat la suka dok didapur menolong abahnya part basuh pinggan paling suka.... dan abahnya pulak sgt la sporting..siap bagi bangku kat anak supaya anak boleh menggunakan sink tu he..he...cepatnya masa berlalu... kalau u all nak tau sekarang ni husna kalau suruh basuh cawan sendiri pun malas! ha ha ha

Friday, September 17, 2010

Petani cilik

Bila balik kampung mcm2 la aktiviti nak dibuat Biasanya aktiviti ni dibuat dengan abah.. meredah kebun opah dibelakang dan keliling rumah.. mama sibuk masak untuk raya.... ini tak cukup itu tak cukup antaranya cili padi takde.... so husna dan abah pun pergilah kekebun kecil ditepi rumah petik cili pada dipokok husna suka sangat ... walaupun panas tapi seronok.. abah bagi husna petik satu mangkuk cili.. lepas tu tangan rasa pedas cepat2 basuh tangan..... Nanti nak tolong opah kutip cili yg banyak keliling rumah untuk jual pulak.. komisen jgn lupa ya opah

Saturday, August 28, 2010

Hijrah Husna

Alhamdulillah sejak 1 Ramadan Husna mula memakai tudung ke sekolah. Kalau sebelum ini dia agak liat memakai tudung, tetapi kini berubah. Mama dan abah gembira dengan perubahan ini. Disebabkan tudung yg ada kebanyakan dah tak muat(dulu masa kecil husna suka pakai tudung), so mama pun mengambil kesempatan jualan hari raya yg banyak sekarang ini dengan membeli beberapa helai tudung untuk Husna. Kan Husna lebih comel dengan bertudung..sayang anak mama ni......

Monday, August 16, 2010

Itu yg dia suka

Happynya Husna ni. Mana tak happy dapat makan spagetti kesukaannya Kat mana lagi kalau bukan PIzza Hut. Yang syoknya belanja Husna kat Pizza Hut sbb dia mmg really enjoy with the foods. Mmg pasti habis. Set menu untuk kanak2 ( Spagetti, Soup , icecream dan air milo RM 8.50) Ok la...dia mmg akan mnghabiskan kesemua makanan itu Tapi tak boleh selalu once a month ok la kalau tak bangkrap abah oooooo..ini bukan husna punya semua. ni menu abah , mama n husna...

Tuesday, August 10, 2010

Ammar kan adik kakak

Husna sangat suka melayan adiknya. Kalau mama suap adik makan, dia pun sibuk nak suapkan. Kalau mama mandkan adik dia sibuk juga nak tolong mandikan. Kakak ni boleh diharap juga. Kalau mama mandi kakak tolong jaga adik, ajak adik main. Dan bila adik nak tido pun kakak selalu ajer nak tolong mama tidurkan adik..tapi biasanya kakak yang tertidur dulu he..hhee.hhee Ni pose akak tetido dulu.lepas tu barulah adik menyusul.

Wednesday, July 7, 2010

Happy Birthday Husna

07072010 Hari ini birthday Husna yang ke 4. Tidak macam tahun2 sebelumnya, Birthday Husna tahun ni berlalu tanpa kek dari abah... (ala abah tu biasa la , kalau kek order lain cepat ajer buat, kalau kek untuk wife dan anak2 mcm buat2 lupa lak) So setakat tengahari ni masih belum nampak dan bau ada kek untuk husna...so nampak gayanya kena beli la ni...uikksss....anak tokei kek bila kek kat kedai??? biasa la tu kan...... Dalam usia 4 tahun ini, Husna dah makin banyak cakap. Kalau kat rumah tu dia dah jadi mcm 'mem'. Do's and Don't dia yang akan listkan...Dah pandai tidur sorang2...dah pandai berdikari tambah2 sejak ada adik ni...Sangat la penyayang pada semua...suka main iPhone mama, sgt suka dengan gadjet2 komputer ini.Husna selalu minta mama dan abah layan dia macam budak besar. No more little girl...heemm..hemmm camne nak layan macam budak besar...kadang2 husna kencing malam lagi! Untuk Husna, mama dan abah doakan semoga Husna akan menjadi anak yang solehah, bijak berguna pada agama dan bangsa. Akan jaga adik sebaik mungkin.Apapun yang Husna lakukan mama dan abah mendoakan yang terbaik untuk sayang..... Ok malam ni mama dan abah belanja Husna kat Pizza Hut yer....Husna sgt suka makan spagetti kat Pizza Hut!

Tuesday, June 29, 2010

Husna n Thomas Train

Dah lama Husna ajak naik train dalam KL. Tapi mak abahnya bizi ajer so kesempatan cuti minggu baru2 ini kami akhirnya naik juga train. Parking di Bangunan City One Jalan Tunku Rahmnan Naik Putra dari Masjud Jamek dan turun KLCC. Walaupun permandangan bawah tanah ajer tapi Husna ttp suka...Siap ambil punya la byk gambar. Adik pulak macam kompius dan takut2..tau ajer la bunyi train bawah tanah tu kan kuat...Mujur la dalam carrier abah...so rasa selamat sikit..kalau dalam stroller mau melompat budak tu Mama pun dah lama tak pi Jln Tunkun Abd rahman ni,. Banyaknya benda berubah....heemm..heemmm Tiba2 rindu zaman bujang dulu almost every weeks datang sini ...pi window shopping dan terus ke Pasar malam....:-( Ok jom layan gambar yang ada Disebabbkan hari tu jatuh hari bapa..maka mama bermurah hati belanja semua kat Nando's!!!!!!! Yeeaa yeeaaa

Friday, June 11, 2010

Husna Naib Juara Pecut 50 Meter

Hu hu hu bagi tajuk grand sikit Minggu lepas sek husna mengadakan sukan tahuhan. Alhamdulillah tahun ini sikap husna benar2 berubah..dah berani masuk acara.. Tahun lepak asyik pegang baju mama ajer.... Tahun ni banyak acara husna masuk\paling best husna jadi naib juara pecut 50 meter! Walaupun tak jadi juara tapi husna tetap bersemangat..Tahniah mama ucapkan. Acara lain pun banyak husna menang..cam tu la anak mama Tunggu persembahan pembukaan oleh senior! Mama confused sikit, masa sukan ari tu Husna asyik main ngan kawan2 lelaki ajer.... takde kawan pompuan ke anak mama ni. Tgk kat bawah ni kawan baik Husna Adam dan Faiq Sempat posing lagi tu Cikgu tgh bagi arahan PErsembahan pembukaan Husna nak mula berlari . gaya dah ada sikit2 tu

Thursday, June 3, 2010

Riadah dengan adik

Hari Ahad lepas, mama dan abah bawa kakak dan adik jln2 di taman . Dah lama sebenarnya husna tak ke taman ni..mujurla abah n mama agak free ahad lepas.. kat taman walaupun dah pukul 6 tapi cuaca masih panas...husna main sorang2 ajer..sbb adik tak boleh jalan lagi. Adik Ammar besarla cepat..kakak nak main dengan adik!

Monday, May 10, 2010

Model Cilik

Sempena merasmikan kamera Pak Cu yang tak berapa baru itu, Husna telah dipilih antara objek yang cute untuk dirakam kan(cute ke anak mama nih..sememeh ajer) Lihat2la aksi2nya depan kamera..ada gaya tak... lepas tengok gambar ni mama terus jatuh cinta dengan kamera besar ini..waduhh perlu kijer lagi kuat cari duit kalau mau kameranya... Yukkkk...bisa semua minggir2 nonton gamber anakku yg comel ini!