Sunday, December 22, 2013

Seleranya

Hujan lebat diluar. Malam ni makan kedai mamak ajer. Husna dah habiskan semangkuk sup lidah Sambung pula dengan maggie goreng mamak...wadussss... mana tak makin lama makin gebussssss

Tuesday, December 10, 2013

F.R.O.Z.E.N

Hari ini mama cuti. Abah pun tak kerja mama dan abah bawa husna dan ammar pergi Pavillion tengok movie FROZEN seronok sangat .dah lama husna tak jalan tengok movie. Tapi sian Adib kena tinggal kat nursery. nanti Adib dah besar sikit kakak bawa adik gi jalan2 sama-sama yer Sempat posing . Mall ni dihias cantik dengan tema Krismass

Ammar ni kalau tangkap gambar suka main-main

Abah belikan husna kasut baru. Kasut husna dah koyak. Pink tak saya?

Lepas tengok movie kami makan kat food court Pavillion. Husna pilih Yee Mee Sizzling. Blm habis makan terus tertidur Lama jugak Husna tido. Hampir satu jam sementara tunggu abah solat

Tq mama dan abah bawa husna jalan-jalan. Movie frozen tu best sangat2. Husna suka.

Tuesday, May 28, 2013

Daurah Penghayatan Remaja Islam

Alhamdulillah berkat pertolongan Aunty Nadia, Husna berjaya daftar untuk Program Daurah Penghayatan Remaja Islam. Program ini bertempat di Masjid Sultan Salahudin Shah Alam. Sepanjang 2 minggu program berlangsung peserta didedahkan ttg praktikal solat, ceramah motivasi, belajar alquran, hafazan, jawi, khat setta sirah nabi. Untuk program 2 minggu ini ibu bapa hanya membayar Rm 50 sahaja. Program berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Gambar diatas di ambil jam 8 pagi ketika peserta bersiap sedia untuk solat dhuha.

Alhamdulillah Husna nampak ceria dengan program itu walaupun agak keletihan kerana program dijalankan sepanjang hari. Untuk anak mama, keletihan dalam menuntut ilmu itu akan menjadi kegembiraan dunia akhirat insyaallah jika diizinkan tuhan.

Mama doakan dengan ilmu yang dikutip sepanjang program ini akan menjadikan Husna anak yang soleh dan menjadi permata agama. Amin

Sunday, April 14, 2013

Subuh di atas kerusi

Kakinya luka sikit sangat memang sangat sikit...tak beri kesan apa pun tapi Husna membayangkan luka itu begitu serius baginya Berkali-kali dia minta solat duduk(alasan tak boleh berdiri kaki sakit) Mama terangkanlah sembahyang duduk ini bagi kes-kes tertentu sahaja. Kes macam Husna ni perlu solat berdiri seperti biasa... Dia menangis.....membayangkan betapa kesakitan jika solat berdiri..Betapa mama tidak mengendahkan kesakitannya.... last2 sekali ugut mama tak nak solat jika tak dibenarkan duduk.... wadus.... Jam dah menunjukkan 6.30 pagi...kejap lagi van sekolah datang... Akhirnya dengan berat hati mama benarkan Husna solat subuh duduk atas kerusi.. dengan sedikit titipan nasihat dan panduan solat orang sakit.... Banyak lagi ilmu yang perlu ditarbiah pada anak kecil ini... Memujuk hati jangan lelah mendidik anak... KEsanggupannnya mendirikan solat disubuh hari sudah seribu kesyukuran...Moga anak ini istioqamah dalam beramal... Juga istiqamah dlm menuntut ilmu untuk beramal... Dan sebagai ibu...istiqamah istiqamah istiqamah dalam mendidik anak


Saturday, January 26, 2013

She is a big girl now

Dah 7 tahun. Baru2 ni Husna minta untuk bertindik.Wahhh mana la dia dapat idea bertindik tu. tak pernah pulak saya berbincang dengan dia ttg bertindik ni. Ni mesti kat sekolah kawan2 semua bertindik. Setelah lama bertangguh akhirnya saya bawa Husna ke Shah alam Mall. Bertindik disana. kejap ajer rupanya. Husna pun tak sakit. Gembira ajer lepas ditindik...enjoyy dengan pics dibawah








Sunday, January 6, 2013

Mula sekolah Yeaayyyyy

2013. Usia pun dah 7 tahun. Mula la Husna sekolah Tahun 1 Sekolah pagi SSRA Sek 3 Shah Alam Sekolah petang SRK Sek 9 Shah Alam. Jadual sangat la sibuk. seawal 6.50 pagi dah naik van pergi sek agama. kul 11.30 baru sampai rumah. Kul 12.30 nak pergi Sek Ren pulak. Balik kul 7. 7.45 pergi mengaji..... Wahhh Husna kena betul2 fit ubntuk hadapi semua ini. Semoga Alllah permudahkan segalanya

BErbaris tunggu masuk kelas di SRA Sek 3 Shah Alam


Awal pagi sampai. Kawan2 belum sampai

BAru perasan, mcm husna paling besar disekolah