Monday, July 30, 2012

Huarrggggg tak sahurr

Hari ke sepuluh Husna berpuasa.
Ini kali pertama tak sahur.
Husna beria nak kunci jam..so abah suruh set kat telefon 4.40 pagi.
Sekali husna set 5.50 pagi..dah azannnn
so tak dapat sahur..\
Mama cuak juga kalau2 Husna tak larat puasa....
Pagi2 dia minta mama masakkan untuk berbuka spagetti dan air ribena....

Balik dari sekolah alhamdulillah Husna masih puasa
Dan semangat tolong mama kat dapur masak spagetti..And as usual dia makan spagetti begitu berselera hingga hampir 3 pinggan!

Thursday, July 26, 2012

Bulan Puasa

Si kakak tersandar keletihan berpuasa
Si adik terbongkang kekenyangan...
Tapi kakak masih kuat semangat.
Puasa belum tinggal...go go go girl

Monday, June 18, 2012

Bidan Cilik

Husna sangat gembira dengan kelahiran Adib. Sebelum Adib lahir dia dah janji dengan mama akan tolong jaga Adib.
So urusan basuh botol adik, ambil pampers tuala baju adik, buang sampah, kemaskan bilik adik semuanya Husna buat dengan jayanya setakat ini. Suruh jaga adik kalau mama masak atau mandi pun dah boleh diharap. Bila Husna pergi sekolah ajer mama rasa penat sikit..sbb bidan cilik takde nak tolong mama!

Kalu boleh tiap hari Husna nak tidur dengan Adib!

Friday, June 1, 2012

Ujian SRA Integrasi

Husna membuat persediaan untuk Ujian kemasukan Integrasi Islam Tahun 1 2013 Antara subjek soalan Bahasa Melayu, Sains, Emglish dan Arab Bab lain ok la.bab Arab mama lemah sikit.... terpaksalah minta talian hayat kakak2 saudaranya yng sekolah aliran agama Nampaknya mama kena beli kamus Arab lepas ni.Bak kata kawan baik mama yang menghadapi masalah yang sama,dia membeli kamus arab semata2 untuk memastikan dapat menjawab soalan anak dalam menyelesaikan homework mereka... Oh My Arab!!!!!!!!!!!!! \Kepada Husna mama doakan semoga Husna akan berjaya dalam ujian tersebut. Amin

Wednesday, March 21, 2012

Kepenatan.

Pagi seharian Husna ada latihan sukan. Lepas lunch terus pergi swimming class kat Akuatik Akhirnya bila mama ambil jam 5 terus tertidur dalam kereta Sampai rumah terus tertidor lagi tak larat bangun untuk pergi kelas mengaji.. So hari ni Husna tak mengajila...Penat sangat punya pasal..

Wednesday, January 25, 2012

Sama tapi tak serupa

Aksi berbeza tetapi dari wajah yang sama Satu macam angry bird satu lagi macam ustazah... pilih la mana satu lagi suker.... yg mana satu...pilihan kalbu???? Mama selalu cakap kat husna husna lebih comel kalau tak marah2... Kalau marah2 muka husna hancur bersepai... tak caya cuba tengok gambar dia.... """"Husna ketawa mengilai2 bila tengok gambar ini"""""

Saturday, January 21, 2012

Keroncong dangdut

Bila la makanan nak sampai ni Orang dah lapar ni Jap lagi nak masuk kelas cepat arrrr....perut dah berkeroncongan lagu dangdut dah ni!